Anugerah Grammy Latin Kini Dikuasakan Dengan Teknologi NFT!

185

 Anugerah Grammy Latin ke-64 bakal mempunyai non-fungible token (NFT) pertama selepas Latin Recording Academy menandatangani kontrak tiga tahun bagi membuat persembahan berkaitan NFT.

Antara rakan kongsi yang bekerjasama dengan Anugerah Grammy Latin ke-64 adalah Latin Recording Academy, Latin Grammys dan OneOf, iaitu platform muzik Web3.

Diperjelaskan, setiap koleksi NFT yang dibawa kepada pertunjukan anugerah tersebut akan menonjolkan keunikan muzik Latin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Latin Recording Academy Manuel Abud, tujuan NFT tersebut adalah untuk membentuk inovasi muzik baharu serta membenarkan peminat memiliki NFT Grammy Latin.

Tambahnya lagi, pasukannya bukan sahaja komited dalam meneroka lagi kaedah inovatif untuk memperkenalkan muzik Latin malah turut menghubungkan muzik dengan bentuk seni budaya dan seni visual digital.

NFT Anugerah Grammy Latin tersebut dikatakan akan muncul sepanjang bulan Oktober menjelang persembahan anugerah pada 18 November.

Sementara itu, kerjasama antara OneOf dan Anugerah Grammy juga merancang untuk membuat keluaran NFT selama tiga tahun manakala koleksi pertama akan dikeluarkan semasa Grammy ke-64 dan Binance sebagai rakan kongsi exchanger kripto.

Difahamkan Grammys bukanlah rancangan anugerah pertama yang mendalami Web3 kerana Anugerah Muzik Video MTV pernah mengumumkan kategori anugerah terbarunya “Persembahan Metaverse Terbaik” pada awal tahun ini.

Kini banyak syarikat gergasi industri muzik mula mengambil langkah pantas dalam menggunakan teknologi Web3 untuk memperkembangkan perniagaannya.

Buktinya, para pemuzik menggunakan teknologi tersebut untuk mengeluarkan single NFT atau meningkatkan hak muzik serta pelesenan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat