Apa Berlaku Pada Matawang Utama Di Sesi Eropah?

707

Memasuki sesi Eropah, kebanyakan matawang utama kembali memaparkan kenaikan selepas didagangkan suram pada sesi Asia selepas dikecewakan oleh pertumbuhan dalam data ekonomi dari China yang melambat.

China melaporkan peningkatan lebih perlahan dalam pengeluaran industri dan penjualan runcit pada bulan Julai, sekali gus menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap pemulihan ekonomi global di tengah kebangkitan semula wabak coronavirus di seluruh dunia.

Ini menyebabkan US dolar meraih sedikit sokongan sementara sebagai safe-haven, sebelum permintaan terhadap raja matawang itu kembali goyah pada sesi Eropah menyusuli kelemahan hasil bon AS 10 tahun.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan pada 92.55.

Dolar Aussie antara matawang yang paling teruk terkesan susulan bacaan data tersebut, ditambah pula dengan perkembangan kurang baik mengenai wabak coronavirus di Australia sehingga menyebabkan beberapa langkah sekatan dilanjutkan.

Penerbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada awal pagi Selasa akan menjadi tumpuan pasaran, selepas bank pusat itu mengekalkan rancangan untuk meneruskan pengurangan pembelian bon mulai awal September.

Sementara itu, matawang pound didagangkan berlegar di sekitar harga 1.3850 berbanding US dolar ketika angka kes coronavirus di UK kembali menunjukkan kenaikan. Pakar kesihatan UK memberi amaran pada hari Sabtu bahawa negara akan menyaksikan lonjakan kes coronavirus pada minggu ini.

Kebimbangan terhap peningkatan kes Covid-19 juga membawa dagangan safe-haven yen lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama. Pada sesi Asia, pelabur juga diperlihatkan dengan bacan data pertumbuhan ekonomi Jepun yang lebih baik dari jangkaan dengan meningkat 0.3% pada suku kedua tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat