Apa Cerita Ni? Gagal Saman Petronas RM1 Bilion & Kena Bayar RM400 Ribu Pula!

20,083

‘Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah gagal saman kena paksa bayar pula.’

Percubaan Barakah Offshore Petroleum Bhd dan anak syarikatnya, PBJV Group Bhd untuk menyaman Petroliam Nasional Bhd (Petronas) serta cabang penerokaannya Petronas Carigali Sdn Bhd, menemui kegagalan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Keputusan mahkamah yang disampaikan oleh Hakim Datuk Aliza Sulaiman dalam satu proceeding yang diadakan secara maya bertarikh 31 Mac menyatakan bahawa di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, Petronas memiliki kuasa untuk menggantung sebarang lesen tanpa notis awal.

Dalam keputusan itu juga mendedahkan bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa oleh Petronas dalam isu penggantungan lesen PBJV di bawah akta PDA, selain turut mengarahkan pembayaran RM400 ribu oleh Barakah kepada Petronas dan Petronas Carigali.

Menyusuri rekod, sebelum ini Barakah telah menuntut pampasan sebanyak RM1.02 bilion dari Petronas dan Petronas Carigali atas dakwaan penggantungan tanpa notis terhadapnya pada Ogos 2019.

Jumlah pampasan yang diminta telah dibuat berdasarkan kehilangan keuntungan jangka masa depan, reputasi dan harga saham pasaran akibat notis penggantungan 3 tahun yang dikeluarkan oleh Petronas pada 8 Julai terhadap lesen PBJV.

Barakah mengatakan notis tersebut telah dikeluarkan selepas selesai kontrak penyediaan perkhidmatan bawah laut Petronas Carigali dan diterbitkan oleh Petronas berdasarkan alasan laporan prestadi PBJV yang lemah.

Setakat tengah hari tadi, saham Barakah didagangkan lemah pada 0.055 sen dengan nilai modal pasaran pada RM46.57 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat