Apa Cerita Pound Jatuh Ni?

602

Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun kembali meningkat di atas tahap 1.6%, menarik semula matawang US dolar untuk didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback, diniagakan stabil di sekitar harga 91.90 pada awal sesi Eropah.

Dagangan matawang Eropah di bawah risiko selepas lebih banyak negara di Zon Eropah menangguhkan penggunaan vaksin AstraZeneca disebabkan kebimbangan terhadap kesan sampingan yang dialami penerima.

Walaupun AstraZeneca dan WHO menafikan kesan tersebut mempunyai kaitan dengan vaksin berkenaan, tetapi pasaran tetap khuatir terhadap perlambatan vaksinasi di Eropah.

Matawang pound terus tergelincir ke paras terendah satu minggu ekoran pengukuhan US dolar di bawah paras harga 1.39000 di tengah-tengah ketiadaan pemangkin yang jelas pada hari ini, dengan tumpuan pasaran disasarkan pada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada hari Khamis.

Sementara itu, dalam kenyataan terbaru Gabenor BOE, Andrew Bailey memberitahu bahawa ia akan meneruskan pembelian bonnya pada tahun ini.

Bailey juga menjangkakan pertumbuhan ekonomi di UK akan menguncup sebanyak 4% pada suku pertama dari tempoh yang sama tahun lalu, dan sebanyak 19% berbanding tiga bulan pertama pada 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat