Harga Bitcoin pada hari ini melakukan penurunan tajam ketika para pelabur mengambil sikap lebih berhati-hati di tengah penurunan pasaran ekuiti global.
Walaupun acap kali Bitcoin sering dikaitkan sebagai aset ‘safe haven’ namun realitinya harga bitcoin cenderung untuk berkurangan di tengah kejatuhan harga aset berisiko yang lebih tinggi. Kebiasaanya kejatuhan harga saham akan mendorong harga Bitcoin mengalami penurunan.
Setakat ini harga Bitcoin telah kehilangan 10% dan diperdagangkan pada $ 42,634 berdasarkan Coin Metrics. Nasib yang sama turut menimpa aset kripto yang lain. Ethereum disisi lain telah jatuh 12% kepada $ 2,985.95.
Harus diketahui bahawa pasaran ekuiti global sedang mengalmi kemorosotan kerana para pelabur khuatir akan impak risiko akibat pergolakan dalam pasaran harta tanah China yang berkaitan dengan pemaju Evergrande. Dalam masa yang sama para pelabur juga memberi tumpuan kepada The Fed bagi mendapatkan indikasi mengenai rancangan rangsangan monetari. Bank pusat akan memulakan mesyuarat dua hari pada hari Selasa.
Penurunan harga kripto turut didorong oleh ketidakpastian mengenai peraturan stablecoin yang semakin meningkat. Badan berautoriti kewangan dalam laporan terkini menetapkan stablecoin sebagai suatu yang berisiko sehingga memungkinkan peraturan yang lebih berat dikenakan.
Buat masa ini badan yang bertanggungjawab sedang menyusun laporan mengenai stablecoin dan the Fed berkemungkinan mengeluarkan laporan mengenai mata wang digital bank pusat bulan ini yang dapat menyentuh risiko stablecoin.