Apa Dah Jadi? Bitcoin (BTC) Kecundang Ke Paras $55,000 & Terra (LUNA) Tembus ATH Lagi!

929

Awal Disember tidak begitu mengujakan harga Bitcoin (BTC) yang mencatatkan penyusutan lebih 2% dalam 24 jam, didagangkan pada $55,808 ketika artikel ini ditulis.

Apa yang berlaku?

Sesi dagangan Amerika Syarikat (AS) menyaksikan kejatuhan nilai Bitcoin susulan dari kes pertama COVID-19 ‘Omicron’ yang dilaporkan di California pada hari ini.

Prestasi Bitcoin pada hari ini juga mengundang kekecewaan pelabur yang mengharapkan lonjakan tinggi selepas aset tersebut meningkat ke paras tertinggi harian, $59,086 semalam.

Secara tidak langsung, Bitcoin susut lebih 5% dari rekod itu.

Ethereum (ETH) juga tidak ketinggalan mencatatkan penyusutan harga lebih 2% dalam 24 jam ke paras $4,490 ketika penulisan artikel dan lebih 6% dari paras tertinggi harian, $4,780 semalam.

Penganalisis menyifatkan berita ini sebagai satu isyarat positif kepada pasaran kripto. Buktinya dapat dilihat sepanjang tempoh pandemik bermula hujung 2019 sehingga awal tahun 2021, Bitcoin mencatatkan prestasi yang luar biasa.

Bagaimanapun, Solana (SOL), Terra (LUNA), dan Algorand (ALGO) tidak terkesan. Masing-masing mencatatkan peningkatan:

SOL: lebih 4%, didagangkan pada $221.56

LUNA: lebih 8%, didagangkan pada $62.03

ALGO: lebih 1$, didagangkan pada $1.87

LUNA mendahului prestasi kebanyakan matawang kripto yang lain, didorong oleh kes penggunaan yang semakin meningkat. Aset ini mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $65.09 pada awal pagi tadi sekitar jam 9. Ini merupakan rekod ATH Terra (LUNA) yang kedua bagi Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat