Apa Dah Jadi Dengan US Dolar?

677

US dolar merosot ke paras terendah dua minggu berbanding matawang utama pada hari Selasa kerana para pedagang matawang mula mengambil keutungan dan penurunan hasil perbendaharaan baru-baru ini.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.146% kepada paras tukaran 92.437 setakat jam 11.05 p.m. Dolar telah mengukuh dengan banyak pada tahun ini yang diiringi peningkatan hasil perbendaharaan kerana para pelabur menjangkakan Amerika Syarikat akan pulih lebih cepat daripada pandemik berbanding negara maju yang lain. Ditambah pula rangsangan dari kerajaan membantu lagi prospek US dolar.

Pada bulan Mac US dolar telah naik 2.5% iaitu kenaikan bulanan terbesar sejak akhir tahun 2016. Menurut penganalisis, John Doyle, pelabur mengambil kesempatan untuk mengambil untung dalam suku terbaru. Tambah beliau, hasil perbendaharaan telah memainkan peranan dalam membantu US dolar.

Hasil Perbendaharaan A.S. jatuh pada hari Selasa, sementara stok A.S. naik ke tahap tinggi yang baru. Disisi yang berbeza, IMF meningkatkan prospek pertumbuhan ekonomi global sekali lagi pada hari Selasa, dengan meramalkan output di seluruh dunia akan meningkat 6% tahun ini, mencerminkan prospek ekonomi A.S. yang semakin cerah.

Disisi berbeza, matawang sterling GBP merosot selepas melonjak ke paras tertinggi lebih dari 2 minggu. Bagi pasran kripto, Ethereum terus menunjukkan prestasi cemerlang dengan naik ke paras harga $ 2,151.63 pada hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat