Apa Dah Jadi? FUD Dari China Hantarkan Pasaran Kripto Ke ‘Lautan Merah’!

4,709

Sebentar tadi komuniti dikejutkan dengan laporan yang menggoncangkan pasaran kripto sehingga menyebabkan pasaran kehilangan $150 bilion dengan penurunan 5% yang tajam. Ini adalah kesan dari amaran keras China terhadap aset digital dan mengisytihar urus niaga kripto sebagai haram.

Pada Jumaat petang, 24 September, People’s Bank of China (PBoC) mengatakan bahawa keputusan mutakhir ini adalah untuk mencegah risiko yang berkaitan dengan perdagangan kripto. PBoC juga menekankan bahawa mereka bertekad menjaga keselamatan negara dan kestabilan sosial.

Dilaporkan oleh beberapa laman sesawang terkenal seperti Bloomberg, bank pusat China mengatakan bahawa semua aktiviti yang berkaitan dengan kripto seperti pemadanan pesanan, perkhidmatan perdagangan, penerbitan kripto, dan derivatif untuk aset digital adalah dilarang. PBoC dalam masa yang sama juga mengumumkan bahawa larangan langsung pertukaran asing yang beroperasi di China seperti yang dinukilkan dalam CNBC.

“Pertukaran aset kripto yang menggunakan internet untuk menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan akan dianggap sebagai menjalankan aktivit kewangan yang haram. Di samping itu, mereka yang terlibat akan disiasat”.

PBoC mengatakan bahawa pihaknya telah meningkatkan infrastrukturnya untuk mengenal pasti transaksi yang berkaitan dengan kripto dan boleh menghapuskan segala jenis aktiviti perdagangan spekulatif. Kata PBoC, institusi kewangan dan institusi pembayaran bukan bank tidak boleh menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti dan operasi yang berkaitan dengan aset kripto.

Harga Bitcoin telah melakukan penurunan tajam lebih 5% dan didagangkan $41,089.47 ketika penulisan. Ethereum (ETH) telah merosot 8% dan didagangkan sekitar $2,801.10.

Ada yang menganggap bahawa kenyataan PBoC yang dilaporkan oleh Bloomberg adalah berita palsu seperti yang diutarakan oleh trustnodes.com. Trustnodes menekankan bahawa apa yang dikatakan PBoC hanyalah mengulangi kembali retorik yang diutarakan pada tahun 2017 dan kenyataan ini dikeluarkan dalam laporan PBOC bertarikh 15 September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat