Apa Dah Jadi Pada Euro, Buang Tabiat Ke?

340

Seperti dijangkakan secara meluas, Bank Pusat Eropah (ECB) sekali lagi mengambil langkah drastik dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat polisi terbarunya.

Ini menjadikan kadar deposit semasa bank pusat itu berada pada 2.00%, tertinggi sejak tahun 2009 ketika usaha untuk memerangi inflasi diteruskan.

Walaupun peningkatan selanjutnya dalam kadar faedah terus dijangkakan, namun disebabkan ekonomi yang semakin lemah, kemungkinan untuk saiz kenaikan akan dibahaskan.

Euro yang sepatutnya semakin kukuh, malangnya mempamerkan penyusutan lebih rendah susulan kenyataan Presiden ECB, Christine Lagarde bahawa ECB meramalkan ekonomi akan perlahan dengan ketara pada tahun ini dan 2023.

Sementara itu di Amerika Syarikat, pelabur telah dikejutkan dengan bacaan yang lebih baik daripada dijangkakan dalam data keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Ekonomi AS berkembang sebanyak 2.6% pada suku ketiga, sekali gus melenyapkan kebimbangan terhadap kemelesetan di negara itu.

Rentetan daripada itu, US dolar kembali memaparkan peningkatan berbanding pesaing utamanya. Bagaimanapun, kenaikan yang dicatatkan dilihat sedikit terbatas pada sesi Asia.

Tumpuan kini beralih kepada terbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS (ukuran inflasi utama Federal Reserve) pada sesi New York yang pastinya akan mendorong pergerak lebih besar USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat