Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bon telah menunjukkan peningkatan walaupun inflasi melonjak ke paras tertinggi 13 tahun. Hasil bon yang sepatutnya melonjak juga telah berhenti mencatatkan kenaikan.
Apa yang terjadi?
Sedangkan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell juga tertanya-tanya mengenainya ketika disoal pada awal pagi tadi dalam sidang media selepas keputusan mesyuarat polisi FOMC diumumkan.
Hasil perbendaharaan 10 tahun telah menurun sebanyak 1.7% kepada 1.22% susulan mesyuarat Fed, melanjutkan penurunan dari tahap tertinggi satu tahun yang dicapainya pada akhir Mac lalu pada 1.77%.
Lebih mengejutkan, hasil sebenar 10 tahun yang dianggap oleh pasaran sebagai proksi untuk prospek pertumbuhan jangka panjang, jatuh ke paras terendah sepanjang masa baru iaitu -1.17%.
Powell mengatakan terdapat tiga kemungkinan yang menjelaskan mengenai penurunan tersebut, yang mana sebahagiannya didorong oleh penurunan hasil sebenar kerana penularan varian delta menimbulkan kebimbangan para pelabur terhadap perlambatan dalam pertumbuhan.
Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jangkaan oleh inflasi pelabur yang menjadi sederhana, dan yang terakhir, faktor teknikal. Terdapat beberapa pelabur yang bersetuju terhadap faktor teknikal yang dinyatakan.