Apa Dah Jadi, Pertumbuhan Ekonomi Zon Eropah Bukanlah Lagi Keutamaan ECB?

385

Inflasi kini menjadi ancaman terbesar dalam perbelanjaan awam dan Bank Pusat Eropah harus bertindak atas mandatnya untuk menstabilkan harga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Jerman Christian Lindner. Kenyataan ini dikeluarkan ketika ECB mengekalkan pendirian dasarnya secara amnya tidak berubah pada hari Khamis.

Tegas beliau misi utama ECB buat masa ini adalah untuk menstabilkan harga namun begitu ECB sangsi dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi.” Kenaikan harga mengancam kesediaan untuk melabur dan melemahkan penggunaan. Inflasi adalah ancaman terbesar kepada kewangan dan kemakmuran awam” kata Lindner.

Mengesahkan panduan awalnya, ECB berkata ia merancang untuk mengurangkan pembelian bon, biasanya dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif, pada suku ini, kemudian menamatkannya pada satu ketika pada suku ketiga.

Kadar faedah pula walaubagaimanapun akan dinaikkan selepas tamat pembelian bon dan kenaikan ini akan beransur-ansur, tambah ECB.

Kerajaan Jerman, seperti kebanyakan negara di zon eropah, terpaksa melancarkan pakej pelepasan cukai, subsidi dan pinjaman untuk membantu isi rumah dan syarikat yang dihimpit oleh harga tenaga yang melonjak tinggi kemudian semakin parah selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Jerman dijangka akan meningkatkan hutang baharu sebanyak 224 bilion euro ($243.15 bilion) untuk membiayai peningkatan perbelanjaan pertahanan, langkah-langkah bantuan inflasi serta membantu pelarian Ukrain.

Atas dasar itu, Lindner berpendapat bahawa subsidi mesti dihadkan dan langkah bersepadu mesti diambil untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan, jika tidak ekonomi akan terperangkap dalam stagflasi,

Konflik Rusia-Ukraine telah mengheret ekonomi Eropah berada dalam tekanan untuk melepas keterikatan daripada gas dan minyak Rusia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat