Apa Itu Ethereum Classic (ETC)?

1,400

Kali ini Team Intraday tertarik untuk berkongsi secara ringkas tentang Ethereum Classic dan bagaimana ia berbeza dengan Ethereum (ETH).

Sejarah Ethereum Classic

Wujudnya Ethereum Classic (ETC) adalah pada 2016, selepas rangkaian Ethereum diserang dengan serangan DAO (DAO attack) dan dana bernilai $50 juta dicuri.

Kalau nak tahu, serangan DAO boleh dianggap sebagai serangan terbesar dalam sejarah kripto kerana disinilah bermulanya perubahan radikal yang disokong oleh pengasas Ethereum, Vitalik Buterin dan Gavin Wood.

Ethereum akhirnya melalui proses hard fork yang mana rangkaian terdahulu dikenali sebagai Ethereum Classic, menggunakan ETC sebagai koin natif dan yang terbaru dikekalkan sebagai Ethereum (ETH). Usaha ini dilakukan bagi tujuan untuk memulangkan semula dana yang telah dicuri kepada pemilik asal.

Ethereum Classic (ETC) vs Ethereum (ETH)

Secara jelasnya, ETH dan ETC tidak memiliki perbezaan yang ketara. Misalnya, pembangun boleh menggunakan kod sumber terbuka (open-source code) untuk membina dan menjalankan aplikasi desentralisasi (dApps), termasuk mencipta token ERC-20 untuk aplikasi mereka.

Malah pengguna Ethereum Classic boleh menggunakan ETC untuk membayar kos transaksi, sama seperti matawang kripto yang lain selagi ia masih memiliki nilai.

Namun, apa yang membezakan kedua-dua aset ini ialah Ethereum Classic agak terhad dalam ‘menyertai’ kemaskini pada blockchain Ethereum. Secara mudahnya, Ethereum Classic iaitu rangkaian terdahulu tidak boleh mengakses sebarang kemaskini yang diaplikasikan di rangkaian baharu, Ethereum.

Dan perbezaan yang lainnya boleh dilihat sendiri bagaimana Ethereum lebih menjadi pilihan pelabur berbanding Ethereum Classic walaupun kedua-duanya menyokong kontrak pintar (smart contracts).

Jika anda tertanya, adakah ETC masih relevan? Sebenarnya bergantung kepada pemahaman anda bagaimana ETC boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. Tetapi, jika dilihat perkembangannya dari semasa ke semasa, boleh dikatakan ETC masih relevan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat