Asas Kripto: Apa Itu Hard Fork & Soft Fork?

1,189

Banyak sangat projek kripto yang melibatkan hard fork sejak akhir-akhir ini. Kali ini Team Intraday akan ringkaskan serba sedikit tentang hard fork, termasuk soft fork supaya pembaca tidaklah tertanya-tanya maksud sebenarnya.

Perisian fork berlaku apabila perisian disalin (copy) dan digubah (modified). Ini bermakna, projek asal akan diteruskan cuma telah berpisah dengan yang terbaru, menjadikan ia berbeza dengan sebelumnya.

Ia kerap berlaku bagi kebanyakan projek sumber terbuka (open-source) dan sebenarnya telah berlaku sejak dulu lagi sebelum kewujudan Bitcoin dan Ethereum.

Apa yang membezakan hard fork dan soft fork?

HARD FORK

Ia berlaku apabila nod blockchain versi baru tidak lagi menerima blockchain versi terdahulu, yang mana mencipta perbezaan kekal daripada blockchain versi sebelumnya. Ini bermakna, nod baru hanya berhubung dengan lain yang mengoperasikan versi baharu.

Disebabkan itu, blockchain terbahagi kepada dua rangkaian berbeza: pertama dengan peraturan lama dan kedua dengan peraturan baru.

Kedua-dua rangkaian itu terus menghasilkan blok dan menjalankan transaksi tetapi bukan di blockchain yang sama.

Contoh terdekat, hard fork yang berlaku pada 2017 menyaksikan Bitcoin ‘dipecahkan’ kepada dua rangkaian berbeza. Yang asalnya, Bitcoin (BTC) dan terbaru, Bitcoin Cash (BCH).

Bitcoin Cash diwujudkan untuk meningkatkan saiz blok manakala Bitcoin tidak bersetuju dengan cadangan itu memandangkan ia memerlukan perubahan dalam perundangan.

Antara contoh lain adalah perpisahan Ethereum dan Ethereum Classic.

SOFT FORK

Ia adalah perubahan terhadap protokol perisian di mana hanya transaksi blok yang sah dijadikan tidak sah. Atau lebih mudah dikenali sebagai kemaskini backward-compatible, yang mana nod yang telah dikemaskini masih boleh berhubung dengan yang belum dikemaskini.

Jika hard fork bercanggah dengan dua peraturan berbeza, soft fork tidak bercanggah dengan peraturan sebelumnya.

Misalnya, Segregated Witness (SegWit) fork yang berlaku selepas pemisahan Bitcoin dengan Bitcoin Cash.

SeigWit adalah kemaskini yang mengubah format blok dan transaksi. Nod lama masih boleh mengesahkan blok dan transaksi tetapi tidak boleh membacanya.

Hanya beberapa perkara yang boleh dibaca apabila nod ditukar kepada perisian baharu, membenarkan mereka untuk membaca maklumat tambahan.

 

Secara asasnya, kedua-dua fork ini digunakan untuk tujuan yang berbeza. Ketika hard fork mungkin akan memisahkan komuniti, soft fork dilihat lebih mesra iaitu serasi bagi kedua-dua rangkaian.

Apa-apa pun, kedua-duanya sangat penting untuk menjamin kejayaan rangkaian blockchain untuk jangka masa yang lama. Ia mewujudkan peluang untuk blockchain dan matawang kripto untuk integrasi dengan ciri baru ketika ia dibangunkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat