Apa Itu Polygon (MATIC)?

1,868

Tahukah anda, Polygon sebenarnya dilancarkan sebagai Matic Network pada 2017 sebelum penjenamaan semula pada Februari 2021.

Ia tampil sebagai platform penskalaan dan pembangunan infrastruktur Ethereum dengan komponen utamanya, Polygon SDK yang menyokong penubuhan beberapa aplikasi.

Menariknya lagi, Polygon mampu menukarkan Ethereum menjadi sistem multi-chain atau dikenali sebagai Internet of Blockchains. Sistem ini sama seperti sistem multi-chain yang lain seperti Polkadot, Cosmos, Avalanche dengan ciri tambahan sekuriti dan keterbukaan ekosistem Ethereum.

Platform ini sudah banyak mencatatkan kejayaan bersama beberapa projek berpotensi seperti Decentraland (MANA) dan Maker (MKR). Paling terbaru, AAVE telah dilancarkan di Polygon pada April 2021, mengundang lonjakan penilaian terhadap rangkaian itu.

Token natifnya, MATIC berasaskan token ERC. Ia memainkan peranan sebagai penyelesaian penskalaan bagi Ethereum dengan menghantar beberapa sidechains lapisan-2 yang beroperasi di samping mainchain Ethereum.

Pengguna Polygon boleh menggunakan token Ethereum mereka dalam kontrak pintar Polygon, menukarkan ETH kepada MATIC pada kadar 1:1.

Malah, MATIC juga boleh digunakan sebagai pembayaran kos transaksi dan menyertai model konsensus Proof-of-Stake (PoS). Bila-bila masa sahaja pengguna boleh mengeluarkan MATIC dan kembalikan ke mainchain Ethereum dalam ETH.

Bagi rekod 2021, MATIC menyaksikan pergerakan yang positif sejak awal tahun. Ia telah melonjak lebih 7000%, berjaya mengatasi pergerakan Bitcoin (BTC), 259.7% dan ETH, 90.27%.

Setakat hari artikel ini ditulis, nilai pasaran MATIC telah berjaya mencecah lebih $13 bilion dengan nilai semasa $2.15 seunit.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat