Apa Itu Referendum Itali dan Mengapa Ia Berpotensi Membawa Puting Beliung Seterusnya Buat Pasaran Selepas Brexit?

60

Pada 4 Disember, rakyat Itali akan keluar mengundi berikutan perubahan perlembagaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Matteo Renzi bagi mengehadkan kuasa Senat iaitu dewan tertinggi parlimen. Referendum ini mengandungi kuasa Itali dalam mengehadkan krisis perbankan, kestabilan ekonomi, dan keluar masuk immigran.

Referendum ini juga dikatakan penting buat kerjaya politik Renzi kerana beliau berjanji untuk meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika undian tidak menyebelahi beliau.

Justeru, referendum ini merupakan salah satu lagi peristiwa yang dianggap penting buat kesatuan Eropah selepas Brexit.

1.Apa yang akan berlaku di Itali?

Undian rakyat Itali diperlukan untuk menyatakan sokongan mereka terhadap pembaharuan perlembagaan Renzi. Jika kebanyakan pengundi tidak bersetuju dengan pembaharuan ini, pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Five Star Movement mempunyai cita-cita yang lebih besar untuk menyingkirkan Renzi.

  1. Apa kesan jika kebanyakan pengundi mengundi ‘Tidak’?

Jika tiada sokongan rakyat terhadap referendum ini, Itali berpotensi mengalami kegawatan politik dan kemelesetan ekonomi. Jika Renzi meletakkan jawatan, beliau dan barisan kepimpinan yang lain mungkin hanya akan memegang tampuk pimpinan kerajaan sehingga pilihanraya sahaja. Pihak pembangkang dikatakan akan mendesak untuk proses pilihanraya dalam masa terdekat, dan sekali gus menghumban kebanyakan perniagaan mengalami kemerosotan.

  1. Siapakah Five Star Movement?

Five Star Movement ditubuhkan sebagai sebuah gerakan berasaskan atas talian pada tahun 2009 yang diketuai oleh bekas pelawak Itali, Beppe Grillo. Setelah itu, parti tersebut telah bangkit menjadi sebuah kuasa pemberontak dengan membawa ideologi alam sekitar yang agak progresif.

  1. Apa kepentingan rakyat Itali untuk mengambil bahagian dalam undian ini?

Undian ini merupakan satu cadangan untuk membentuk semula Senat agar tidak lagi menyekat undang-undang di Itali buat selama-lamanya. Jika perubahan ini diterima, 315 senator di Itali akan digantikan dengan 100 ahli majlis negara dan datuk bandar yang akan dipilih secara langsung mahupun dilantik dengan persetujuan serantau.

  1. Apakah kepentingan perubahan perlembagaan ini?

Perubahan ini akan memberi sedikit kebebasan kepada Itali untuk menghadapi cabaran politik dan ekonomi semenjak Perang Dunia ke-2. Perubahan ini juga akan menjamin proses perundangan yang lebih kemas bagi memberi lebih banyak peluang pembaharuan birokrasi kerajaan Byzantine dan badan kehakiman.

  1. Apakah pandangan pembangkang terhadap isu ini?

Pembaharuan ini akan memberikan lebih banyak kuasa buat Renzi. Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi juga berpendapat bahawa perubahan ini akan menyebabkan negara bukan lagi bersifat demokrasi.

 

Sentimen Minyak Mentah Terkini menjelang Pertemuan OPEC!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat