Apa Itu VeChain (VET)?

4,259

Tampil lain daripada yang lain, VeChain mengetengahkan kepentingan memelihara produk daripada diciplak dan ketelusan dalam perniagaan besar atau kecil.

Mungkin anda baru mengenali VeChain, maka apa kata ambil sedikit masa untuk kenali blockchain ini.

Bekas ketua pegawai informasi Louis Vuitton China, Sunny Lu telah melontarkan idea berkaitan VeChain sebelum dilancarkan pada 2015 oleh firma blockchain-as-a-service (BaaS) yang berpangkalan di Singapura.

Teknologi ini menawarkan ciri yang mementingkan pengurusan rantaian bekalan sehinggalah kredit karbon dan anti-pemalsuan. Sistem mereka telah terbukti di dunia sebenar, mengundang beberapa firma besar seperti sektor pembuatan wain dan kenderaan memilih teknologi VeChain.

Blockchain umum VeChain pula dikenali sebagai VeChainThor. Jangan terkejut kerana sudah banyak aplikasi perniagaan dari dunia sebenar tersedia di blockchain itu. Rangkaian tersebut juga telah menerima Sijil Perkhidmatan Blockchain bertaraf 5 bintang dari badan pensijilan Eropah, TÜV Saarland.

VeChainThor berfungsi sama seperti platform perniagaan-guna blockchain yang lain, menggunakan konsensus Proof of Authority (PoA). VeChainThor juga menyokong kontrak pintar malah setiap satu transaksi boleh menjalankan pelbagai tugas.

Di rangkaian itu juga terdapat dua token berbeza:

VET     : Digunakan untuk transaksi kewangan di VeChainThor dan spekulasi pasaran

VTHO : Berfungsi untuk menjalankan transaksi di VeChainThor (sama seperti TFUEL). Pemilik VET   boleh menjana VTHO untuk digunakan di rangkaian itu.

Memandangkan ia memiliki pejabat di China, projek ini memiliki rakan kerjasama dengan beberapa badan kerajaan di China misalnya Animal Health And Food Safety Alliance.

Selain daripada itu, organisasi ini juga memiliki rakan perniagaan dengan penyelesaian yang sudah wujud di dunia sebenar di VeChainThor: PriceWaterhouseCoopers (PwC), Walmart China, Renault dan Shanghai Waigaoqiao Direct Imported Goods.

Jika anda mahu mendapatkan token VET atau VTHO dan bimbang cara penyimpanannya, jangan risau kerana anda boleh mendapatkan wallet rasmi VeChainThor di iOS atau Android. Manakala bagi wallet desktop, anda boleh dapatkan VeChain Sync yang mana juga boleh digunakan bersama cold wallet, Ledger.

Tuntasnya, VeChain memiliki objektif dan wawasan yang berpandangan jauh. Paling penting, penggunaannya sangat kukuh di China lagi-lagi dengan pembabitan firma-firma besar yang tertarik dengan teknologinya, rangkaian ini terbukti mampan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat