Apa itu Theta (THETA)?

2,486

Youtube dan Netflix, barangkali platform penstriman video yang mendominasi dunia. Tapi, tahukah anda Theta juga sudah mula mencuri perhatian terutama dalam industri kripto?

Theta merupakan rangkaian penstriman video desentralisasi (tidak berpusat) yang dikuasakan oleh pengguna di blockchain, Theta Network.

Dilancarkan pada Mac 2019 oleh pengasasnya, Mitch Liu, ia memperkenalkan kos rangkaian penyampaian kandungan yang murah sehingga 80% dengan mewujudkan jaringan rangkaian peer-to-peer (P2P) pengguna yang berkongsi jalur lebar mereka.

Theta berhasrat untuk menyampaikan kandungan video dan gaming pada kualiti terbaik tanpa buffering dan menjadikan teknologi 4K, 8K dan virtual reality (VR) mustahil bagi seluruh ekosistem, termasuk membuka peluang untuk content creators menjana pendapatan sampingan dengan ganjaran token.

Theta memiliki dua token: THETA dan TFUEL. Apa yang membezakan kedua-dua token ini?

THETA – token natif bagi protokol Theta. THETA berupaya memainkan peranan sebagai pencatat dan bertindak sebagai validator atau nod penjaga. Ia juga digunakan untuk mengesah dan menghasilkan blok dalam algoritma Proof-of-Stake (PoS).

Jumlah THETA pula adalah terhad pada 1,000,000,000 token.

TFUEL – sama seperti ‘gas’ di Ethereum atau NEO, TFUEL adalah token yang bertanggungjawab dalam pembayaran transaksi dan interaksi dengan kontrak pintar di rangkaian Theta.

Ia boleh dijana dengan pertaruhan THETA atau jika penonton berkongsi kandungan di rangkaian kepada penonton lain.

Setakat pada hari ini, beberapa rakan kongsi telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Theta. Antaranya, KardiaChain, THETAtv, Google, Shout! Factory, LINE Tech Plus, Samsung VR, CJ Hello, Pandora TV, MovieBloc, playlabs, BTCUpload, Nervos dan banyak lagi.

Ini antara roadmap Theta untuk 2021:
+ Pelancaran pertukaran desentralisasi (DEX) di blockchain Theta
+ Pelancaran aplikasi Theta untuk Ledger dan Trezor
+ Pelancaran mainnet Theta 3.0
+ Penstriman aplikasi desentralisasi Edgecast V2
+ Platform pembangun Advanced Smart Contract V2

Konklusinya di sini, Theta merupakan jawapan bagi masalah pengiriman kandungan video di platform desentralisasi. Jika penggunaannya semakin meluas dan mendapat sambutan, boleh jadi ia menjadi penstriman siaran langsung, menggantikan Youtube, TikTok, Netflix dan banyak lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat