Pergerakan mata wang US dolar kekal bercampur menuju dagangan ke penghujung minggu ini ketika pelabur terus berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada malam ini.
Data yang akan diterbitkan bakal mempengaruhi keputusan penetapan dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang dilihat masih bermain tarik tali berkenaan langkah pemotongan kadar faedah mereka.
Tidak seperti bank pusat yang lain, European Central Bank (ECB) pada mesyuarat polisi semalam telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.25% setelah mengekalkan paras 4.50% untuk 5 mesyuarat berturut-turut sebelum ini.
Presiden ECB Christine Lagarde yakin inflasi Eropah akan turun ke paras sasaran menjelang separuh tahun kedua 2025 nanti.
Beliau menjangkakan ekonomi akan berterusan pulih disokong oleh perkembangan pekerjaan dan peningkatan pendapatan.
Mata wang Euro yang dijangkakan untuk alami penyusutan sebaliknya berjaya meningkat namun pergerakan harga terhad menuju ke penghujung sesi dagangan tersebut.
Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang susut pada awalnya ke sekitar 1.08600 kemudiannya telah meningkat menguji zon rintangan 1.09000 sebelum berundur turun semula.
Pergerakan harga sehingga ke penghujung sesi New York dilihat kekal berlegar di bawah zon tersebut tanpa berjaya menembusinya.
Pergerakan mendatar di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu masih memberi isyarat untuk trend bullish diteruskan.
Jika kenaikan berjaya melepasi zon rintangan 1.09000, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan lagi dengan sasaran harga akan beralih pada 1.10000 pula.
Sebaliknya, jika harga paparkan terjunan semula di bawah garisan MA50, zon support sekitar 1.08000 dilihat kembali menjadi tumpuan untuk diuji.
Pergerakan harga akan dipengaruhi oleh laporan pekerjaan NFP di sesi New York malam ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG