Apa Jadi Pada USD Selepas Kecewa Dengan NFP?

943

Bacaan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat terus menambah luka buat dagangan US dolar menyebabkannya terus didagangkan rendah berbanding pesaing utama pada awal minggu.

Ekonomi AS hanya menambah sebanyak 235,000 pekerjaan pada bulan Ogos, jauh lebih lemah dari jangkaan kenaikan 720,000 oleh pasaran dan merosot ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 943,000.

Menurut penganalisis, pengurangan ini adalah disebabkan kebangkitan jangkitan Covid-19 yang membebankan permintaan dari sektor perhotelan dan pemberhentian pengambilan pekerja oleh majikan. Sementara itu, kadar pengangguran pula menepati jangkaan untuk menurun kepada 5.2% daripada 5.4% pada bulan lalu.

Ekoran daripada itu, angka yang lemah ini terus menambah tekanan buat pasaran dan menggoyahkan pandangan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengumumkan pengurangan dalam masa terdekat.

Bank pusat AS sebelum ini telah meletakkan pemulihan dalam pekerjaan sebagai syarat untuk mereka menarik semula rangsangan coronavirus.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama sedikit meningkat pada 92.15, setelah menjunam pada 91.94 untuk pertama kalinya sejak awal Ogos sebaik sahaja data NFP diterbitkan.

Euro didagangkan sedikit berubah pada 1.1878 setelah melonjak ke tahap tertinggi sejak akhir Jun pada 1.1909 pada akhir minggu lalu. Selain USD yang lemah, matawang itu juga turut disokong oleh jangkaan untuk Bank Pusat Eropah (ECB) melakukan pengurangan pembelian bon pada mesyuarat polisi minggu ini.

Matawang pound juga meraih manfaat susulan kelemahan dolar greenback ddengan meningkat ke paras ketinggian 2 minggu pada 1.3890, sebelum kembali mengurangkan sedikit keuntungan pada sesi Asia, 1.38580.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat