USD Terus Menjunam – Pasaran Kecewa Dengan Data NFP Bulan Ogos!

2,489

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan mencatat bacaan yang sangat mengecewakan pasaran. Penciptaan pekerjaan untuk bulan Ogos itu tersasar jauh dari sasaran para pakar ekonomi dan bulan sebelumnya. Hal ini membawa indikasi bahawa ekonomi masih belum pulih sepenuhnya dan momentum pertumbuhan suku ketiga akan terganggu.

Data NFP catat kejatuhan ketara sebanyak 235,000 pekerjaan pada bulan lalu setelah meningkat 943,000 pada bulan Julai, berdasarkan laporan Jabatan Tenaga Kerja yang dikeluarkan sebentar tadi. Bacaan ini juga jauh tersasar dari ramalan para pakar ekonomi yang meramalkan data NFP akan menambah pekerjaan sebanyak 720,000 pekerja.

Di sisi lain, kadar pengangguran menepati jangkaan dengan turun kepada 5.2% daripada 5.4% pada bulan Ogos. Pakar ekonomi, berpendapat pengurangan pertambahan pekerjaan yang ketara adalah disebabkan penularan Covid-19 yang semakin meningkat di bahagian selatan A.S dan beberapa bandar yang mengambil tindakan untuk menghentikan pengambilan pekerja.

Setakat ini yang menjadi kekhuatiran pasaran ialah peningkatan jangkitan Covid-19, yang didorong oleh varian Delta yang akan meningkatkan risiko. Walaupun impak terhadap kegiatan ekonomi berkemungkinan sederhana dengan hampir separuh dari populasi diberi vaksin sepenuhnya namun kes yang meningkat akan mendorong pekerjaan dari rumah dan menghalang pengambilan pekerja.

Indeks US dolar terus menjunam berbanding matawang utama kepada paras dagangan 92.220.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat