Apa Jangkaan Anda Terhadap Keputusan Yang Bakal Dicapai Oleh OPEC Penghujung Bulan Ini?

47

Harga minyak meningkat sederhana pada hari Rabu berikutan potensi pembekuan bekalan oleh OPEC yang dirancang menjelang akhir bulan ini.

WTI mentah meningkat 10 sen dalam sesi ini berbanding sesi sebelum ini.

Dalam masa yang sama, minyak Brent antarabangsa juga dilaporkan mengalami peningkatan dari nilai dagangan sebelum ini.

Pun begitu, penganalisis pasaran menjangkakan bahawa pasaran ini masih belum bersedia untuk meningkat setinggi $50 setong, atau lebih tinggi.

Dalam masa yang sama, data inventori terkini daripada pasaran minyak mentah juga bakal menjadi tumpuan bagi menilai keadaan semasa pasaran minyak mentah.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat dijangka akan mengeluarkan data minyak mentah dan inventori produk tapisan pada hari Rabu.

Menurut Bank ANZ, mereka menjangkakan bahawa kesemua ahli OPEC akan mencapai persetujuan bagi membekukan bekalan minyak mentah, sekali gus menyelesaikan isu yang membelenggu pasaran ini sejak 2 tahun yang lalu.

Data Positif Dari AS Terus Menyokong Pengukuhan US Dollar!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat