Data Positif Dari AS Terus Menyokong Kekuatan US Dollar!

60

Setelah pelbagai faktor yang menyokong peningkatan US Dollar, kini data perumahan pula menjadi punca peningkatan matawang gergasi tersebut berbanding matawang utama yang lain.

EUR/USD merosot 0.38% dalam sesi ini.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Persatuan Hartanah Kebangsaan Amerika Syarikat berkata bahawa data jualan rumah sedia ada meningkat pada bulan Oktober sebanyak 5.60 juta unit. Ramalan konsensus juga menunjukkan penurunan sebanyak 0.5% kepada 5.43 juta unit.

Sebelum ini, kekuatan matawang itu disokong oleh dasar ekonomi Donald Trump yang dikatakan akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Selain itu, US Dollar juga telah dirangsang oleh jangkaan peningkatan kadar faedah dalam mesyuarat Fed penghujung tahun ini.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Fed, Janet Yellen juga mengulangi kenyataan bahawa kadar boleh dinaikkan tidak lama sahaja lagi.

Di tempat lain, matawang Pound menurun 0.61% kepada 1.2416.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Pejabat Statistik UK Kebangsaan sebelum ini melaporkan bahawa jumlah pinjaman bersih bagi sektor awam meningkat sebanyak £ 4.30 billion pada bulan Oktober, berbanding dengan jangkaan peningkatan sebanyak £ 5.90 bilion.

Matawang yen juga meningkat dalam sesi ini sama seperti nasib yang menimpa Dollar Australia.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

US Dollar yang mengukur matawang US Dollar kali terakhir dinilai pada 101.31 melawan 6 matawang utama di dunia.

Adakah Rizab Asing BNM Mencukupi Untuk Menampung Kejatuhan Ringgit?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat