Apa Jangkaan Arah AUD/USD Selepas Laporan NFP?

499

Walaupun US dolar bergerak positif pada dagangan Khamis semalam, namun beberapa mata wang utama seperti dolar Australia dilihat berjaya mencatatkan peningkatan.

Hal tersebut didorong oleh pemulihan pada sentimen pasaran ekoran peningkatan pada pasaran Wall Street yang memberi petunjuk positif terhadap pasaran.

Namun dagangan pada hari ini (Jumaat) dilihat kembali berpatah arah semula dengan pengukuhan yang dipaparkan US dolar menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang semakin hampir.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD menyaksikan harga kembali membuat kenaikan semula pada dagangan Khamis semalam selepas harga menjunam pada hari sebelumnya.

Selepas berlegar di atas paras rintangan 0.74000 pada sesi New York semalam, harga mula membuat penurunan semula di bawah paras tersebut pada sesi Asia pagi ini.

Harga yang juga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga turut memberi isyarat bearish.

Penurunan yang diteruskan bakal menuju ke zon support pada 0.73300 selepas harga melonjak dari zon tersebut pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Kemudiaannya, zon support 0.73000 akan diuji untuk penurunan lebih rendah harga dan reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai untuk menjadi petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Namun, jika harga berjaya menembusi zon rintangan 0.74000 selepas laporan data pekerjaan NFP pada malam ini, kenaikan harga akan mensasarkan sehingga ke paras ketinggian 0.75000 untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat