Apa Jangkaan Penutupan Dagangan GBP/USD Menjelang Mesyuarat BOE Minggu Hadapan?

487

Pound Sterling dilihat masih bergerak dalam tekanan menuju dagangan penghujung minggu walaupun data inflasi UK diterbitkan pada Rabu lalu catatkan bacaan tertinggi 9 tahun mengatasi jangkaan kenaikan.

Peningkatan kadar inflasi tersebut juga dilihat boleh mempengaruhi keputusan bank pusat England (BOE) untuk mengetatkan polisi pada mesyuarat dasar monetari minggu hadapan.

Pengukuhan ketara US dolar pada dagangan Khamis semalam turut membayangi pergerakan Pound yang masih mencari rentak awal pengukuhan nilainya.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat pamerkan sedikit kenaikan pada sesi Eropah semalam ke paras sekitar 1.38400 sebelum harga menjunam sekitar 75 pips di bawah zon support 1.38000.

Mencecah ke paras 1.37700 harga dilihat meningkat semula sehingga penghujung sesi New York ke zon 1.38000 yang menjadi rintangan buat kenaikan harga.

Pergerakan harga perlahan di zon tersebut sehingga bersambung ke sesi pasaran Asia pada Jumaat.

Menuju ke sesi Eropah, harga cuba untuk melepasi paras 1.38000 namun dilihat agak bergelut untuk mengekalkan momentum berkemungkinan pelabur menjangkakan US dolar akan meneruskan pengukuhan pada sesi New York.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD juga masih memberi isyarat untuk pergerakan bearish.

Penurunan yang berjaya diteruskan sebelum menutup dagangan minggu ini dijangkakan untuk menuju zon support pada 1.37000.

Sekiranya kenaikan harga berjaya dipamerkan semula, pelabur akan melihat sama ada harga mampu melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji semula zon rintangan pada 1.39000 selepas harga berjaya melepasi sedikit paras tersebut pada Selasa lalu dan mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat