Habislah BOE! Inflasi UK Buat Hal Lagi

830

Inflasi UK melonjak lebih kuat dari yang dijangkakan ke tahap tertinggi lebih 9 tahun pada bulan Ogos, sekali gus menambah tekanan kepada Bank of England (BOE) untuk mengubah dasar monetarinya.

Harga pengguna meningkat 3.2% tahun ke tahun pada bulan lalu, angka paling tinggi pernah dicatatkan sejak Mac 2012 selepas susut semula ke paras sasaran 2% bank pusat pada Julai, dan juga melebihi jangkaan untuk kenaikan 2.9%. Ini juga merupakan kenaikan terbesar sejak rekod bermula pada Januari 1997.

Laporan yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS) juga menunjukkan inflasi teras tidak termasuk harga makanan dan tenaga meningkat 3.1%, juga lebih baik dari ramalan pasaran untuk meningkat 2.9%.

Angka-angka ini menambah bukti bahawa pembukaan semula langkah sekatan telah mendorong kepada kenaikan kos bahan mentah dan tenaga kerja, sekali gus membawa ancaman ekonomi akan ‘overheat’.

‘Overheated economy’ adalah ekonomi yang sedang berkembang pada kadar yang tidak mapan. Dua tanda utama ekonomi ‘overheat’ adalah kenaikan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang berada di bawah tahap normal bagi ekonomi.

Kadar pengangguran UK menurun pada 4.6%, menurut data yang dikeluarkan pada Selasa. Namun, pengukuhan ini mungkin tidak bertahan kerana program subsidi pekerjaan oleh kerajaan akan ditamatkan pada akhir bulan ini.

Matawang pound kembali meningkat susulan bacaan data yang memberangsangkan ini, dengan didagangkan pada 1.38200 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat