Apa Kes Ni, Capital A Gagal Peroleh Pinjaman RM500 Juta Kerana Tony Fernandes?

3,938

‘Mereputlah semua yang dah book tiket Capital A tu.’

Capital A Bhd atau dulunya AirAsia Group Bhd gagal peroleh kemudahan pinjaman bernilai RM500 juta di bawah ‘Skim Jaminan Prihatin Danajamin Nasional Bhd’ ekoran pengasas Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun enggan menjadi penjamin.

Capital A yang sedang dalam usaha permodalan semula juga gagal memenuhi keperluan Danajamin untuk mengemukakan pelan penyusunan semula serta gagal mendapatkan kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Ekoran itu, ia menimbulkan ketidakpastian mengenai pelaksanaan permodalan semula Capital A kerana pinjaman daripada Danajamin merupakan sebahagian besar dairpada rancangan pengumpulan dana.

Menurut pemfailan Bursa, Capital A menyatakan bahawa syarikat tidak akan meneruskan kemudahan pinjaman tersebut kerana ‘gagal menerima dan/atau memenuhi syarat tertentu’ yang ditetapkan oleh Danajamin.

Hujarnya, syarat Danajamin tersebut memerlukan Fernandes dan Kamarudin, yang kedua-duanya menguasai 24.64% pegangan Capital A melalui Tune Air Sdn Bhd sebanyak 12.41% dan Tune Live Sdn Bhd sebanyak 12.23%, sebagai penjamin bersama.

Tambah syarikat itu lagi, mereka akan mencari alternatif pembiayaan hutang lain yang syaratnya bersesuaian dengan operasi dan keperluan pembiayaan syarikat.

Sebagai makluman, sebelum ini Capital A mengumumkan bahawa mereka telah menerima kelulusan daripada Danajamin untuk pinjaman terjamin sebanyak RM500 juta di bawah Skim Jaminan Danajamin Prihatin.

Capital A merancang untuk menggunakan pinjaman tersebut dalam usaha mengumpul dana RM2.5 bilion bagi permodalan semula syarikat akibat penangguhan operasi disebabkan oleh Covid-19.

Selain itu, Capital A juga berjaya peroleh RM336.46 juta dari penempatan persendirian sebanyak 470.21 juta saham baharu pada Mac dan RM974.5 juta lagi melalui terbitan hak sebanyak 1.11 bilion dalam sekuriti hutang Islamik tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (RCUIDS) pada Disember.

Dalam pada itu, Capital A telah diberi status Practice Note 17 (PN17) pada 13 Januari lalu selepas permohonannya untuk mendapatkan lanjutan tempoh pelepasan 18 bulan sehingga 7 Januari 2022 ditolak Bursa.

Saham Capital A didagangkan rendah 6.82% pada 62 sen semasa sesi pagi 11 Mac dengan permodalan syarikat sebanyak 2.56 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat