Ini Kesan Data China Kepada Pasaran Dunia?

52

Ekonomi China menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik berdasarkan data yang dikeluarkan sebentar tadi. Sedikit sebanyak data ini memberi kelegaan kepada pasaran.

Sebelum ini, para penganalisis menjangkakan data yang positif dari China dan ia menjadi kenyataan pada hari ini. Namun, data pengeluaran industri mengalami kejatuhan sedikit.

China mencatatkan pertumbuhan ekonomi KDNK (GDP) 6.7% pada suku ke-tiga yang menepati ramalan. Manakala data Industrial Production (pengeluaran industri) jatuh daripada 6.3% kepada 6.1%.

China adalah pengguna kuprum terbesar dunia dengan 45% penggunaan dunia dan juga pengimport minyak ke-dua terbesar.

Oleh itu, sebarang data yang signifikan akan memberi kesan kepada pengeluar kuprum terbesar dunia iaitu Australia dan harga minyak dunia.

Aussie (AUD) jatuh sebentar tadi walaupun data dikeluarkan adalah baik berbanding ramalan penganalisis. Hal ini mungkin disebabkan penyusutan data pengeluaran industri..

Pun begitu, secara keseluruhan, data yang dikeluarkan hari ini menyumbang kepada jangkaan permintaan yang baik dari ekonomi ke-dua terbesar dunia ini.

 

Pasaran Ini Kembali Tenang Setelah Beberapa Bulan Menggila!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat