Apa Kesan Krisis SVB Pada Malaysia?

1,187

Minggu ini kecoh sana sini orang berbicara pasal isu kejatuhan bank-bank di Amerika Syarikat terutamanya Silicon Valley Bank (SVB), sehinggakan ada yang bimbang impaknya akan sampai ke Malaysia.

Rakyat Malaysia mungkin tidak perlu bimbang kerana Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengatakan krisis tersebut dijangka tidak akan menimbulkan sebarang kesan langsung ke atas syarikat di negara ini.

Bagaimanapun, jika kejatuhan ini menjejaskan perbankan AS lebih luas dan pasaran modal, beliau memberitahu bahawa Malaysia mungkin terkena ‘tempias’ kecil.

Sementara itu, penganalisis kanan Malacca Securities Sdn Bhd, Kenneth Leong juga berpandangan bahawa krisis tersebut hanya akan memberi kesan kecil atau tiada kesan.

Ujarnya, mungkin terdapat beberapa kesan tidak langsung memandangkan bank akan lebih berhati-hati selepas isu ini atau boleh mendorong kepada pengetatan dasar pinjaman dan margin berhubung pasaran kripto.

Dalam pada itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng pula menjangkakan Bursa Malaysia akan menerima sedikit impak daripada krisis itu tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan, kerana sistem perbankan AS berbeza dengan negara ini.

Walaupun isu tersebut dilihat tidak akan memberi impak pada negara, tetapi sentimen dalam saham bank-bank tempatan dilihat suram disebabkan kerisauan pelabur pada situasi yang berlaku di AS.

Pada waktu penulisan, Maybank mencatat kerugian sekitar 0.7% pada RM8.38, Public Bank Berhad pula susut 2.49% pada RM3.91, CIMB jatuh 2.25% pada RM5.21 dan RHB Bank turun 1.95% pada RM5.51.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat