Apa Kesan Pasaran Minyak Mentah Terhadap USD/CAD Di Awal Minggu?

242

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD dilihat lebih mendatar dan sedikit menurun pada dagangan Isnin semalam berbanding lonjakan yang dipamerkan pada penghujung minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, harga berjaya melonjak dari zon support 1.26000 sehingga ke paras 1.26900 sebelum pergerakan harga mendatar di bawah paras ketinggian tersebut pada dagangan yang bersambung pada awal minggu semalam.

Penganalisis melihat kenaikan harga dibantutkan oleh sentimen pasaran minyak yang menyokong dolar Kanada di awal minggu di samping pelabur mula berwaspada terhadap pergerakan US dolar menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.

Harga minyak mencatatkan peningkatan berikutan laporan berkenaan ancaman ribut tropika yang melanda pantai Teluk Texas yang dilihat akan menjejaskan pengeluaran.

Namun pelabur juga berhati-hati untuk dagangan dolar Kanada menjelang data inflasi Kanada yang akan diterbitkan pada Rabu.

Pergerakan harga pada carta USD/CAD masih perlahan sepanjang sesi Asia pagi ini namun menunjukkan sedikit peningkatan untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) bagi memberi isyarat bullish.

Kenaikan harga akan dinilai sama ada mampu melepasi paras ketinggian dicapai minggu lalu pada 1.27600.

Seterusnya, zon resistance 1.28000 akan menjadi tumpuan harga untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk tempoh dagangan 3 minggu.

Namun jika penurunan harga berlaku, zon support 1.26000 yang menjadi tumpuan pada penghujung minggu lalu akan kembali diuji harga.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut bakal meneruskan trend bullish dengan jangkaan harga boleh mencecah semula ke zon support 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat