Apa Komen Bekas Ketua OPEC Ini Sehingga Berjaya Menguatkan Semula Pasaran Komoditi Hitam?

39

Minyak mentah kembali melonjak pada awal sesi Asia apabila pasaran terus mendapat keyakinan terhadap pembekuan bekalan oleh pengeluar minyak utama walaupun masalah lebihan global kekal berterusan.

Di New York Merchantile Exchange, WTI mentah bagi penghantaran September meningkat 0.23% kepada 48.33 setong.

Semalam, brent mentah bagi niaga hadapan melonjak lebih tinggi dari $50 untuk kali pertama sejak 4 Julai. Pasaran global juga terus bertumpu kepada perbincangan pengeluar-pengeluar utama minyak bagi menstabilkan pasaran.

WTI mentah kini ditutp lebih tinggi dalam 6 sesi berturut-turut.

Di Intercontinental Exchange (ICE), Brent mentah bagi penghantaran Oktober susut $49.52 dan $51.05 setong.

Bercakap secara eksklusif kepada Bloomberg, bekas presiden OPEC, Chakib Khelil berpendapat bahawa terdapat kemungkinan untuk pembekuan bekalan pada forum tenaga di Algeria pada lewat September. Persidangan anggota OPEC bersama dengan pengeluar utama yang lain ini dilihat mampu mengehadkan pengeluaran sekali gus menstabilkan pasaran.

Sementara itu, para pelabur terus bertindak balas terhadap laporan bekalan yang bercampur aduk sejak akhir akhir ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat