Menurut Bill Gates, tiada vaksin yang berkemungkinan akan mendapatkan kelulusan di Amerika Syarikat sebelum akhir Oktober. Namun begitu, beliau yakin bahawa terdapat salah satu vaksin yang akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan. Hal ini demikian kerana pembangunannya didakwa telah berada jauh di hadapan.
Terkini vaksin tersebut sedang menjalankan ujian fasa ketiga, Jika semuanya berjalan dengan lancar, ianya berkemungkinan akan mendapatkan lesen penggunaan kecemasan pada akhir Oktober. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah vaksin yang dimaksudkan oleh Gates ini? Ianya adalah vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer.
Sebelum ini, The Gates Foundation, yang dilancarkan oleh Gates dan isterinya, Melinda, mengumumkan kerjasama mereka untuk membangunkan vaksin coronavirus dengan beberapa buah syarikat sains hayat termasuk Pfizer. Selain itu, mereka turut memiliki saham dalam Pfizer, serta Johnson & Johnson, Merck dan banyak lagi serta telah memberikan geran berjuta-juta dolar kepada Pfizer untuk pembangunan vaksin lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Pfizer, Albert Bourla, vaksin yang dibangunkan oleh syarikat kendaliannya itu adalah salah satu daripada tiga vaksin dari Barat yang berada dalam ujian peringkat akhir, serta boleh dapat diedarkan kepada rakyat Amerika sebelum akhir tahun ini jika didapati selamat dan berkesan.
Di luar Amerika Syarikat dan Eropah, Rusia dan China telah meluluskan penggunaan vaksin kecemasan mereka sendiri, walaupun terdapat keraguan dari beberapa profesional perubatan Barat.
Sekiranya diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah, Pfizer bersedia untuk mengedarkan beratus-ratus ribu dos vaksin. Di samping itu, Pfizer didakwa telah melabur sebanyak $ 1.5 bilion untuk pengembangan vaksin yang berpotensi.
Pada hujung minggu, Pfizer membuat permintaan kepada FDA untuk memperluas percubaan peringkat akhir untuk melibatkan hingga 44,000 peserta.
Untuk pengetahuan semua, syarikat gergasi farmasi Amerika itu telah bekerjasama dengan syarikat ubatan Jerman BioNTech, dan pemerintah AS pada bulan Julai serta mengumumkan bahawa akan membayar kepada syarikat itu $ 1.95 bilion untuk menghasilkan dan memberikan 100 juta dos vaksin mereka jika terbukti selamat dan berkesan.
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit telah mendedahkan bahawa AS akan menjalankan pengedaran vaksin seawal 1 November, sejajar dengan desakan Trump untuk mendapatkan vaksin sebelum pilihan raya.
Namun, Bill Gates mengatakan bahawa ianya tidak akan berlaku.