Apa Nasib Emas Menjelang Penutup Hujung Minggu?

1,332

Emas diperdagangkan sedikit berubah pada sesi Asia di tengah pengukuhan hasil bon AS 10 tahun yang lebih tinggi dan dagangan US dolar yang kembali mendapat sokongan untuk meningkat.

Ketika penulisan, spot emas didagangkan meningkat pada sekitar harga $1,785 per auns sementara niaga hadapan emas pula diperdagangkan sekitar harga $1,786 per auns.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi lima bulan disokong oleh data tuntutan faedah pengangguran yang menandakan pasaran buruh kembali kuat.

Hal ini sekali gus menguatkan lagi keyakinan untuk pertumbuhan ekonomi AS yang lebih kuat dan penarikan rangsangan monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Jumlah tuntutan pengangguran AS menurun ke paras terendah 19 bulan, dengan hanya 290,000 tuntutan dibuat pada minggu lalu, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 298,000.

Ini bukan sahaja menyokong kenaikan hasil bon tetapi juga dagangan US dolar untuk kembali menokok berbanding pesaing utamanya.

Walaupun begitu, dagangan emas secara keseluruhannya dilihat masih kukuh dengan mempertahankan keuntungan yang diraihnya pada minggu ini dan berada di landasan untuk kenaikan mingguan kedua berturut-turut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat