Apa Nasib Logam Kuning Dalam Sesi Asia Hari Ini?

50

Logam kuning mendapat sokongan pada hari Khamis berikutan jangkaan pelabur terhadap kenaikan kadar yang semakin mengukuh pada bulan depan.

Emas bagi penghantaran Disember melonjak hampir 0.27%. Pun begitu, dagangan copper futures terjun sehingga hampir 0.53% sepound.

Semalam, harga emas melonjak lebih tinggi pada awal sesi dagangan Eropah, namun kekal mencatat keuntungan yang terhad di dalam sesi dagangan Eropah.

Dalam masa yang sama, penganalisis pasaran kekal memberi amaran bahawa prospek logam kuning ini kekal melemah dalam tempoh terdekat. Harga emas juga turun lebih daripada 6% sejak minggu lalu selepas Trump mengumumkan dasar yang bakal memotong perbelanjaan dan cukai fiskal.

Bagi bulan depan, para pelabur meletakkan jangkaan sebanyak 90.6% bagi jangkaan kenaikan kadar bulan Disember nanti.

Pun begitu sokongan kenaikan kadar ini sedikit melemah selepas indeks harga pengeluar AS meningkat sebanyak 0.8%.

Pasaran Buruh UK Melaporkan Data Yang Bercampur-Campur Dalam Sesi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat