Apa Perkara Yang Menjadi Tumpuan Trader Pada Awal Minggu?

610

Greenback memulakan pasaran awal minggu dengan lebih kukuh selepas mencatatkan peningkatan sederhana pada sesi akhir Jumaat lalu untuk menutup dagangan sebagai minggu terbaiknya dalam tempoh tiga minggu.

Kenaikan ini didorong oleh bacaan lebih baik dalam data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang meningkat dengan kukuh pada bulan Ogos dipengaruhi oleh gangguan dalam rantaian bekalan di tengah ancaman Covid-19 yang berterusan.

Pasaran kini menantikan penerbitan data indeks harga pengguna (CPI) AS pada hari Selasa yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan walaupun pertumbuhannya mungkin sedikit merosot dari bacaan sebelum ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diniagakan positif di sekitar harga 92.66.

Euro sedikit susut dengan pergerakan dilihat bergelut untuk bertahan di atas harga 1.1800 berbanding US dolar, setelah mencatat kerugian sekitar 0.6% pada minggu lalu.

Sementara itu, matawang pound diniagakan sedikit berubah sekitar harga 1.3830 berbanding USD, dengan tumpuan pasaran juga tertumpu pada pengeluaran data inflasi UK pada hari Rabu yang dijangka akan menunjukkan lonjakan lebih tinggi pada bulan Ogos.

Dolar Aussie dan kiwi cuba mencari sokongan untuk kembali meningkat pada sesi Asia ketika kedua-dua matawang itu masih ditekan oleh ketidakpastian yang ditimbulkan oleh wabak Covid-19.

Menjadi tumpuan buat dolar Aussie dan kiwi pada minggu ini adalah bacaan data pertumbuhan ekonomi New Zealand bagi suku kedua, ucapan gabenor Bank Pusat Australia (RBA), Philip Lowe pada hari Selasa, laporan pekerjaan Australia untuk bulan Ogos.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat