Apa Situasi Terkini Di Ukraine Dan Kesannya Pada Pasaran Matawang?

779

Matawang Euro didagangkan stabil pada hari Jumaat namun masih dalam fasa untuk kenaikan mingguan namun pengumuman Bank Pusat Eropah bahawa ia akan menghentikan rangsangannya secara berperingkat tidak memberi sokongan yang terlalu tinggi kepada matawang Euro.

Dalam masa yang sama pasaran turut merakamkan rasa bimbang terhadap staflasi yang boleh timbul daripada konflik Rusia-Ukraine yang terus menambah tekanan ke atas matawang Euro.

Indeks US dolar yang mengukur matawang utama berbanding enam matawang lain didagangkan masih kukuh sebanyak 0.06% ke paras dagangan 98.552.

Selepas penurunan empat minggu berturut-turut, euro melonjak minggu ini apabila ECB berkata ia akan menghentikan rangsangannya secara berperingkat pada suku ketiga, membuka pintu kepada kenaikan kadar faedah sebelum akhir 2022 untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.

Walaupun pengukuhan Euro terbatas dan tidak seperti diharapkan, namun menurut Chris Turner, Ketua Pasaran Global di ING, sebelum ini ( situasi tidak berlakunya peperangan) EUR/USD acapkali mencatat keuntungan susulan pengumuman yang hawkish.

Rundingan antara Ukraine dan Rusia pada Khamis tidak menunjukkan begitu banyak kemajuan yang ketara ke arah menamatkan perang yang kini memasuki minggu ketiga. Setakat hari ini lebih banyak bandar di Ukraine telah menjadi sasaran serangan udara Rusia pada hari Jumaat, kata pihak berkuasa tempatan, dalam satu langkah yang mencadangkan Moscow memperluaskan serangannya ke negara itu.

Ia adalah berdasarkan indikasi imej satelit baharu kelihatan menunjukkan bahawa tentera Rusia senakin menghampiri Kyiv telah ditempatkan ke bandar dan hutan di luar bandar, yang berpotensi menandakan desakan baharu untuk memusnahkan ibu negara.

Kedua-dua Bank Pusat the Fed dan Bank of Japan akan mengadakan mesyuarat dasar pada minggu hadapan. The Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah dan BOJ berkemungkinan kekal tidak berubah.

Disisi lain matawang komoditi hanya sedikit terbatas selepas kenaikan baru-baru ini didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi, matawang Norway dan dolar Kanada tidak berubah, manakala dolar Australia dan New Zealand susut sedikit.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat