Apa Situasi Terkini Di Ukraine Dan Kesannya Pada Pasaran Matawang?

2,485

US dolar kembali memadamkan kerugian pada sesi Eropah selepas pelabur menyaksikan kegoyahan dalam sentimen pasaran berikutan perkembangan terbaharu mengenai pencerobohan Rusia yang semakin mara memasuki negara Ukraine.

Seorang pegawai kanan pertahanan Ukraine berkata tentera Rusia berada berhampiran bandar Vorzel, kira-kira 20 batu ke barat laut Kiev.

Selain itu, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa tentera Rusia telah memasuki daerah Obolon di Kiev, yang terletak kira-kira 10km dari ibu kota itu.

Pencerobohan daripada pelbagai sudut ini menimbulkan kebimbangan pasaran bahawa keadaan bertambah buruk sekiranya Rusia berhasil menakluk Kiev.

Meneliti pergerakan mata wang pada sesi Eropah, indeks dolar diniagakan meningkat pada 97.12 berbanding pesaing utamanya yang lain.

Pelabur akan menyaksikan penerbitan laporan indeks perbelanjaan pengguna (PCE) Amerika Syarikat pada sesi New York yang dijangka menunjukkan bacaan tidak berubah pada bulan Januari.

Sementara itu, euro sedikit berundur dari peningkatan sederhana yang dicatatkan sebelum ini, meletakkannya terus di tahap terlemah sejak Jun 2020 berbanding USD.

Dagangan pound turut mengurangkan keuntungannya dengan didagangkan di sekitar paras terendah dua bulan. Tindakan UK menyekat penerbangan kapal terbang Rusia, Aeroflot telah mendorong Moscow menutup ruang udaranya kepada semua kapal terbang yang didaftarkan di UK.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand cuba mempertahankan keuntungan yang diraih pada sesi sebelum ini dengan masing-masing didagangkan stabil pada sekitar harga 0.7200 dan 0.6700 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat