Apa Sudah Jadi? Bos Evergrande Di Bawah Pengawasan Polis!

980

Ketika gergasi hartanah Evergrande terus dihimpit oleh masalah yang bertimpa-timpa, terdapat berita kurang yang tidak menyenangkan pula mengenai
pengerusinya.

Hui Ka Yan yang juga merupakan seorang bilionair, dilaporkan telah diletakkan di bawah kawalan polis, menurut Bloomberg.

Memetik kepada sumber yang mengetahui perkara itu, Hui kini sedang dipantau di sebuah lokasi yang ditetapkan. Namun, ia masih belum jelas mengapa beliau berada di bawah pengawasan tersebut.

Sungguhpun begitu, pengawasan itu tidak bermakna bahawa Hui akan didakwa atas kesalahan jenayah.

Langkah itu bermakna beliau tidak boleh meninggalkan sesuatu tempat, bertemu atau berkomunikasi dengan orang lain tanpa kelulusan, berdasarkan Undang-undang Tatacara Jenayah China.

Mengikut undang-undang, pasport dan kad pengenalan mesti diserahkan kepada polis tetapi prosesnya tidak boleh melebihi enam bulan.

Ini berlaku selepas pihak berkuasa China meningkatkan penglibatan mereka dalam krisis Evergrande yang berterusan dan menahan kakitangan daripada anak syarikat kewangan gergasi hartanah itu.

Evergrande kini dalam usaha untuk penstrukturan semula syarikat, namun keputusan kritikal mengenai baik pulih hutang luar pesisirnya telah ditangguhkan sehingga Oktober, menyebabkan proses itu terbatas.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat