Apa Sudah Terjadi Pada GBP? – BoE Ambil Keputusan Ikut Jejak Langkah The Fed!

369

Bank of England (BoE) mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada hari Khamis dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan bernada dovish mengenai prospek pegetatan dasar monetari selari dengan nada yang diutarkan oleh the Fed.

Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat sebulat suara mengundi untuk mengekalkan kadar pinjaman utama pada kadar 0.1% dan mengekalkan jumlah pembelian aset paras jumlah £895 bilion ($ 1.2 trilion).

Langkah ini dikeluarkan susulan selepas hasil bon di seluruh dunia melonjak lebih tinggi yang didorong oleh jangkaan kenaikan inflasi dan kemungkinan bahawa bank pusat akan mengetatkan dasar monetari lebih pantas dari jangkaan. Pada awal pagi Khamis ini, pengerusi Rizab Persekutuan A.S. Jerome Powell telah menyatkan bahawa the Fed tidak berniat untuk menaikkan kadar faedah sehingga 2023 dan Bank of England mempunyai nada yang sama.

BOE telah menurunkan kadar faedah sebanyak dua kali sejak berlakunya pandemik iaitu bermula dari 0.75% dan menerapkan pelonggaran kuantitatif yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Dalam masa yang sama, telah berlegar spekulasi bahawa BoE akan menurunkan kadar faedah di bawah paras negatif. Walaubagaimanapun, pada bulan lalu BOE menyatakan bahawa bank sekurang-kurangnya memerlukan enam bulan untuk berhadapan kadar faedah negatif.

Sejak mesyuarat terakhir MPC, angka rasmi mengesahkan bahawa ekonomi UK mengalami penguncupan tahunan terbesar selama lebih dari 300 tahun pada tahun 2020. Namun begitu, ekonomi UK dijangka akan kembali pulih.

UK setakat ini telah menunjukkan kemajuan yang signifikan dalam pelaksanaan vaksinasi Covid-19, dengan lebih dari 24 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Matawang GBP menyusut susulan laporan ini dikeluarkan dengan penyusutan sebanyak 0.23% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat