Tumpuan terarah pada mesyuarat bank pusat Australia untuk pelabur menilai keputusan dasar monetari yang terbaru.
Reserve Bank of Australia (RBA) menepati ramalan dengan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas untuk mesyuarat Mac seperti yang dilakukan pada bulan sebelumnya.
Dalam kenyataan susulan, bank pusat dilihat masih menumpukan langkah untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.
Namun, pasaran dilihat mentafsirkan nada yang kurang hawkish oleh bank pusat kerana menjangkakan inflasi sudah pun memuncak.
Ini mendorong berlaku penyusutan pada nilai dolar Australia di sesi Asia pagi ini walaupun kenaikan kadar faedah berlaku.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menyusur rendah pada dagangan Isnin semalam dari paras 0.67700.
Pelabur telah bersedia untuk penurunan dengan isyarat bearish apabila harga telah bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Turut menguji paras halangan MA50 itu di sesi Asia pagi ini, harga kemudiannya menjunam setelah memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat.
Harga turun menguji paras sokongan penting pada 0.67000 yang telah beberapa kali diuji pada minggu-minggu sebelum ini.
Jika akhirnya paras sokongan tersebut berjaya ditembusi minggu ini, harga bakal melanjutkan trend penurunan lebih rendah menuju sekitar 0.66400.
Penurunan seterusnya akan mensasarkan pada zon tumpuan 0.65400 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 bulan.
Namun jika harga berjaya melantun naik semula dari paras 0.67000, paras ketinggian awal minggu pada 0.67700 akan dicabar untuk ditembusi harga.
Selanjutnya, harga berkemungkinan akan meneruskan pendakian semula ke sekitar 0.68200 dan zon 0.69000.
Lihat gamabr carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG