Apa Yang Berlaku Pada Pasaran – Mampukah US Dolar Terus Mengganas?

434

US dolar kembali bertenaga dengan berjaya memangkah kerugian semalam dan matawang Euro pula mengukuh untuk hari kedua pada hari Selasa apabila sentimen risiko mula pulih sebahagiannya selepas penjualan dalam kalangan para pedagang dan pelabur di pasaran global.

Matawang utama kebanyakkan terkesan pada hari Isnin berikutan lonjakan dalam kes Covid-19 varian Omicron yang boleh mendorong kepada pengenaan semula sekatan ekonomi. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi jangka terdekat.

Keadaan tambah membimbangkan apabila Senator AS Joe Manchin, menyatakan bahawa beliau tidak akan menyokong pakej rangsangan yang mendorong penjualan di pasaran global. Namun pada hari ini, beliau mengumumkan perubahan pandangan dengan mengemukan cadangan untuk menyokong bil fiskal Presiden Joe Biden bernilai $1.75 trilion. Hal ini secara tidak langsung telah mengubah persepsi para pemain pasaran.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding matawang utama kukuh sedikit sebanyak 0.1% kepada paras 96.42.

Pelabur masih kekal yakin pada prospek dolar AS dengan data kedudukan terkini berhampiran tahap tertinggi mereka dalam tempoh lebih dua tahun.

Dolar Australia, yang merupakan antara mata wang yang paling teruk terjejas berikutan korelasi tingginya dengan prospek ekonomi global, melantun pada hari Selasa, menamatkan kejatuhan dua hari berturut-turut. Matawang Euro pula mengukuh lebih tinggi kepada paras dagangan $1.1293 berbanding US dolar.

Akhir sekali lebih mengejutkan matawang lira Turki melonjak 15% lebih tinggi pada hari Selasa, melanjutkan pemulihan bersejarahnya daripada rekod terendah, selepas Presiden Tayyip Erdogan mendedahkan rancangan yang dikatakannya akan menjamin deposit mata wang tempatan terhadap turun naik pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat