Apa Yang Berlaku? Pengasas Houbi Berhasrat Jual Pegangan Saham Sebanyak 60%!

1,244

Pengasas Huobi, Leon Li dilaporkan sedang berusaha untuk menjual sebahagian besar kepentingannya dalam bursa itu. Perjanjian tersebut boleh bernilai sekitar $3 bilion menjadikannya pembelian terbesar dalam sejarah pasaran kripto.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, pengasas Houbi telah mengadakan beberapa dialog dengan pembiaya. Leon Li berhasrat untuk menjual sekitar 60% pegangan saham beliau.Walau bagaimanapun, pengasas FTX dan Tron Sam Bankman-Fried, Justin Sun dilaporkan dalam perlumbaan untuk membeli saham yang bakal dijual tersebut. Mereka telah mula menghubungi Houbi mengenai pemindahan saham.

Jurucakap Huobi memberikan pengesahan mengenai perjanjian tersebut namun enggan memberikan butiran khusus. Beliau menyebut bahawa Leon Li sedang bertemu dengan beberapa entiti antarabangsa mengenai penjualan saham.

Jurucakap tersebut menekankan bahawa Li berharap pemegang saham baharu itu akan membawa lebih banyak kuasa dan sumber kepada bursa kripto Houbi. Dalam masa yang sama juga, jurucakap FTX menekankan bahawa Li berharap pemegang saham baharu itu akan membawa lebih banyak kuasa dan sumber kepada bursa menyatakan bahawa beliau belum mengadakan sebarang rundingan dengan pengasas Houbi mengenai penjualan itu.

Terdahulu, penyokong bursa ZhenFund dan Sequoia China menyebut keputusan Li dalam mesyuarat pemegang saham. Mereka berkata bahawa perjanjian boleh dilakukan pada akhir Julai. Walaupun seorang pemegang saham mencadangkan bahawa sedang mencari penjualan pada harga hampir $3 bilion.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada pengambilalihan ini akan melibatkan Huobi Technology Holdings Ltd yang disenaraikan di Hong Kong. Sementara itu, beberapa syarikat besar mengambil kesempatan daripada kemerosotan pasaran baru-baru ini dengan membeli firma yang bermasalah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat