Apa Yang Berlaku, Shiba Inu Dah Mula Menyalak!

3,704

Kripto pencabar Doge iaitu Shiba Inu menjadi penantian para pelabur yang dijangka untuk kembali menggapai zaman kegemilangannya kembali.

Shiba Inu telah menunjukkan prestasi positifnya pada sesi dagangan minggu lepas, menghasilkan 15% lonjakan mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.0000076 beberapa hari yang lalu. Namun sebentar tadi,kripto shiba inu telah meroket ke paras harga $0.00001018, kenaikan 25% dalam tempoh 24 jam.

Buat para pengumpul dan peminat Shiba Inu, lonjakan harga ini satu berita baik buat mereka. Berdasarkan perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Protokol PAC David Gokhshtein di Twitter, kelompok ikan paus kripto telah mula mengumpul triliunan SHIB sejak Khamis.

Perkongsian lain memaklumkan bahawa kelompok ikan paus telah membeli Shiba Inu sejak dua minggu yang lalu. Pembelian terbesar setakat ini bernilai $ 46 juta,kira-kira enam trilion SHIB. Perkara yang sama berulang pada hari Sabtu apabila kelompok paus menambah pegangan SHIB sebanyak 276 bilion.

Hal seperti ini pernah berlaku beberapa kali apabila terdapat desas desus bahawa Shiba Inu ditambahkan oleh platform eToro, yang disenaraikan oleh WeBull dan Coinbase Pro, dan pada bulan September, ketika Coinbase melancarkan perdagangan SHIB.

Terkini komuniti kripto SHIB menjangkakan bahawa platform Robinhood akan turut memasukkan kripto SHIB dalam platform mereka. Salah satu sebabnya adalah pengumuman platform untuk mula menguji dompet kripto pada bulan Oktober. Selain itu, petisyen di Change.org yang meminta SHIB disenaraikan oleh pasukan aplikasi telah mengumpulkan hampir 200,000 tandatangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat