Apa Yang Dijangkakan Akan Berlaku Dalam Mesyuarat Polisi BoE Malam Ini?

0 459

Bank of England (BoE) tetap dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat polisi pada hari ini, walaupun bank pusat itu telah menurunkan kadar faedah sebanyak dua kali pada bulan ini, sebagai sebahagian usaha untuk mengimbangi ekonomi yang terkesan oleh COVID-19.

Pada minggu lalu, BoE telah mengumumkan pemotongan kadar faedah kecemasan ke paras terendah kepada 0.10% selepas menurunkan kadar kepada 0.25% daripada paras 0.75% pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, pada mesyuarat malam ini, bank pusat itu mungkin lebih menumpukan kepada penilaian daripada dua tindakan drastik yang diambil sebelum ini.

Sekiranya penggubal dasar mahu mengambil tindakan selanjutnya, ia berkemungkinan lebih tertumpu kepada pengembangan dalam pelonggaran kuantitatif.

Misalnya, pada minggu lalu bank pusat juga telah meningkatkan sasaran untuk program pembelian bon sebanyak £ 200 bilion kepada £ 645 bilion, khususnya bon kerajaan UK.

Dalam satu kenyataan terbaru susulan keputusan terbaru BoE, Bailey memberitahu ia merupakan masa yang tepat untuk bertindak daripada menunggu dan melihat bagaimana kesan virus maut itu kepada ekonomi.

Kesan daripada wabak pandemic itu, ia telah memaksa kerajaan mengeluarkan perintah berkurung, penutupan operasi perniagaan sehingga menyebabkan pelbagai aktiviti ekonomi terjejas.

Anda mungkin juga berminat