Apa Yang Sedang Berlaku? Indeks Sentimen Kripto Berubah Buat Pertama Kali Sejak Julai!

2,221

Indeks Ketakutan dan Ketamakan Bitcoin yang memberi indikasi terhadap sentimen pemain pasaran kripto terhadap Bitcoin buat pertama kali menunjukkan indikasi ‘ketakutan melampau’ sejak akhir bulan Julai.

Perkembangan terkini pasaran kewangan, terutamanya krisis hutang Evergrande di China baru-baru ini telah memberi impak terhadap pasaran kripto. Hasilnya, harga bitcoin telah menjunam secara drastik ke paras $40,000 yang menjadi paras harga terendah sejak awal April. Peristiwa ini menjadi faktor perubahan dalam sentimen masyarakat terhadap aset tersebut.

Indeks Ketakutan dan Ketamakan mengesahkan perkara ini apabila sentimen masyarakat umum terhadap BTC telah jatuh kepada keadaan ‘ketakutan yang melampau’. Kali terakhir turun ke tahap yang rendah adalah pada 21 Julai ketika bitcoin merosot di bawah $ 30,000.

Hasil indeks berkisar antara 0 – ketakutan melampau hingga 100 – keserakahan/ketamakan melampau dan pada hari ini indeks tersebut memaparkan pada angka 21. Perubahan ini biasanya kesan daripada kejatuhan harga kripto. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor lain seperti turun naik, jumlah pasaran, media sosial, tinjauan, trend, dan dominasi juga memainkan peranan penting.

Indeks Ketakutan dan Ketamakan mengukur bukan sahaja tingkah laku komuniti kripto terhadap bitcoin tetapi juga terhadap aset digital yang lain. Situasi Ethereum, misalnya, tidak jauh berbeza kerana memasuki wilayah “ketakutan” (27), bertepatan dengan penurunan ETH di bawah $ 3.000.

Segelintir pemain pasaran melihat ini sebagai peluang untuk membeli kerana berpegang pada strategi tambahkan pelaburan ketika orang ramai sedang takut. Justeru tidak hairan baru-baru ini syarikat Microstrategy dan El-Salvador menambahkan pegangan BTC mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat