“Wow banyak betul yang berminat dengan platform ni, korang pun tertarik juga ke?”
Sejak beberapa hari lalu, aplikasi media sosial decentralized dipanggil Friend.tech telah menjadi salah satu trend paling hangat dalam pasaran mata wang kripto setelah berjaya menjana sejumlah besar wang dalam masa 24 jam sahaja.
Susulan platform itu membenarkan para pengguna mengeluarkan saham kepada pengikutnya yang ingin mengakses closed group chats, Friend.tech telah memperoleh bayaran sekitar $4.61 juta sepanjang tujuh hari lepas.
Menerusi pemerhatian, Friend.tech bukan sahaja berprestasi lebih baik daripada rangkaian utama seperti Bitcoin (BTC) dan Tron (TRX) malah beberapa bursa decentralized, antaranya adalah Uniswap (UNI) serta PancakeSwap (CAKE).
Setelah mengadakan pelancaran beta pada 10 Ogos 2023 dan mengumpulkan ETH bernilai $8 juta dalam jumlah dagangan, Friend.tech telah menjana $62 juta dalam ETH yang didagangkan merentasi 1.67 juta transaksi.
Selain menarik perhatian personaliti kripto utama Haska Trades, Cobie dan lain-lain, beberapa influencer sukan esport seperti FaZe Banks serta pengawal mata Milwaukee Bucks Grayson Allen juga berminat dengan Friend.tech.
Namun di sebalik kejayaan awal platform tersebut, terdapat sesetengah individu yang masih ragu-ragu tentang daya maju jangka panjangnya.
Hal ini kerana Friend.tech didapati tidak mempunyai sebarang dasar privasi, di mana ia memerlukan pengguna meletakkan ETH mereka semasa mendaftar dan ia juga didakwa tidak mempunyai roadmap yang jelas.