Apa Yang Terjadi? ‘Mining’ Kripto Tiba-Tiba Mendapat ‘Perhatian Khusus’ Kerajaan Rusia!

733

Kementerian Kewanga Rusia akhirnya memuat naik kenyataan bahawa rang undang-undang kawal selia kripto yang akan datang akan memberi tumpuan atau ‘perhatian khusus’ pada perlombongan kripto berikutan terdapat perkembangan yang ketara dalam aktiviti perlombongan kripto. Rang undang-undang tersebut telah dibentangkan di parlimen pada Februari lepas dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ulasan tersebut dikeluarkan susulan terdapat beberapa dorongan daripada pentadbiran Rusia untuk mempromosikan penggunaan mata wang kripto sebagai langkah untuk memintas sekatan ekonomi yang ketat. Amerika Syarikat dan sekutunya telah menyekat Rusia daripada kebanyakan sistem kewangan global kerana tindakan Rusia yang menceroboh Rusia.

Konflik antara Rusia dan Ukraine telah mendorong inflasi meroket di negara Rusia dan menyebabkan kejatuhan mata wang Ruble. Rang undang-undang yang dicadangkan Rusia masih berhasrat untuk mengharamkan penggunaan kripto sebagai pilihan pembayaran. Walaubagaimanapun, kerajaan bertindak mahu mewujudkan rangka kerja kawal selia yang komprehensif yang membolehkan pelaburan dalam kripto dan menggalakkan aktiviti yang terkait dengan kripto termasuk perlombongan.

Setakat ini dilihat sebulat suara yang menyokong perlombongan kripto industri. Hanya sahaja terdapat perbezaan pandangan mengenai adakah individu harus dibenarkan melombong kripto dari rumah atau tidak.

Kata kementerian kewangan, ‘kami percaya bahawa adalah perlu untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan perlombongan perindustrian kripto’. Dalam masa terdekat, kami akan memuktamadkan rang undang-undang kawal selia dan memberi perhatian khusus kepada perlombongan’.

Rusia telah menyatakan kesediaan untuk menjadi hab kripto sebelum berlakunya konflik antara mereka dan Ukraine. Kerajaan berpendapat bahawa iklim Rusia yang sejuk dengan ditambah sumber tenaga mahupun minyak yang banyak, menjadikannya destinasi ideal untuk perlombongan kripto.

Penggunaan kripto Rusia juga telah melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan angka sebelum perang menunjukkan Rusia memegang 12% daripada jumlah kripto dunia, atau kira-kira $240 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat