US Dolar Lemah Sebelum Pembukaan Pasaran Eropah Petang Ini

64

Matawang U.S dolar menyusut sedikit pada hari Selasa selepas menguat pada paras tertinggi berikutan tumpuan pasaran terhadap calon pengganti pengerusi Fed.

Menurut kenyataan Presiden Donald Trump pada hari Isnin, beliau sudah hampir membuat keputusan, siapakah yang bakal menggantikan kerusi pengerusi Fed selepas menemuduga 5 calon tersebut.

Calon tersebut terdiri daripada pengerusi Fed sekarang iaitu Janet Yellen, Gabenor Fed, Jerome Powell, Pakar ekonomi Universiti Standford John Taylor, Penasihat ekonomi Trump Gary Cohn dan bekas Gabenor Fed Kevin Warsh.

Menurut Bart Wakabayashi, pengurus State Street Bank di Tokyo, ” siapakah yang menjadi pengerusi Fed merupakan persoalan yang besar. Ia bukan sahaja melibatkan spekulasi tetapi juga mempengaruhi pertukaran matawang asing.”

Para pelabur juga memberi tumpuan terhadap perkembangan reformasi cukai U.S. Resolusi bajet yang diluluskan oleh Senat pada hari Jumaat menunjukkan tanda positif bahawa usulan pelan cukai Trump akan diteruskan pada tahun ini.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berada di paras 93.66, susut 0.06% pada jam 3.10 petang.

Manakala matawang U.S dolar bergerak perlahan berbanding matawang Yen menguat sebanyak 0.11% iaitu sebanyak 113.56 yen, namun jatuh daripada 3 bulan paras tertinggi 114.10 yen.

Para pelabur beranggapan kemenangan Abe ini akan memberi ruang kepada Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk meneruskan pelonggaran polisi monetari (easing policy monetary) mereka yang menyebabkan hasil bon jatuh mendadak termasuk nilai matawang yen.

Namun matawang Euro menguat sedikit berbanding dolar U.S walaupun masih diselubungi ketidaktentuan politik Catalonia di Sepanyol. EUR/USD naik 0.07% daripada penutupan semalam kepada 1.1755 setakat jam 3.10 petang.

Matawang New Zealand dolar menyusut berbanding dolar U.S selepas pengumuman perlaksanaan polisi migrasi oleh kerajaan baru pada masa akan datang. NZD/USD menyusut 0.52% kepada 0.6923 setakat jam 3.10 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat