Apple App Store Benarkan Aplikasi Menjual NFT, Tapi Ada Syaratnya!

479

Gergasi teknologi global Apple Apps Store bakal membenarkan aplikasi menjual non-fungible token (NFT) pada platformnya.

Namun, Apple akan mengenakan bayaran sebanyak 30% untuk setiap transaksi NFT yang dibuat melalui aplikasi tersebut.

Diperjelaskan, yuran yang tinggi dapat menghalang projek, pemilik permainan dan aplikasi daripada menggunakan fungsi ini di Apps Store.

Hal ini kerana, pasaran NFT seperti Opensea dan Magic Eden mengambil komisen yang sangat kecil, iaitu sebanyak 5%.

Melalui laporan The Information, NFT Magic Eden memutuskan untuk menarik balik perkhidmatannya daripada App Store walaupun Apple mengurangkan komisennya kepada 15% serta pendapatan tahunan kurang daripada $1 juta.

Kini kebanyakan individu memberi tumpuan terhadap Apple yang mahukan potongan 30% bagi setiap transaksi tanpa menyedari bahawa ini boleh meletakkan wallet Ethereum (ETH) dalam setiap permainan mudah alih, ulas Ketua Pegawai Eksekutif Web3 Gabriel Leydon.

Walaupun Apple membenarkan aplikasi di App Store bagi menjual NFT, syarikat tersebut masih belum menerima pembayaran menggunakan mata wang kripto lagi.

Malah, Apple mengelak daripada terlibat secara langsung dengan pasaran kripto dan NFT kerana tidak mahu menimbulkan kemarahan kawal selia seperti yang dihadapi oleh Meta.

Sebagai rekod, Apple pernah merancang untuk mengeluarkan kad trading NFT, namun ia tidak pernah membuahkan hasil sehingga sekarang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat