Apple & Amazon Disaman Di Itali

287

Pahit rasa spageti dan pizza kali ini.

Pihak berkuasa antitrust Itali telah menyaman gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Amazon.com dan Apple Inc berjumlah melebihi 200 juta Euro atau US$225 juta ke atas tuduhan kerjasama anti-persaingan dalam penjualan produk Apple dan Beats.

Dalam kontrak perjanjian pada 2018 di antara syarikat-syarikat tersebut menyaksikan hanya penjual semula terpilih sahaja dibenarkan untuk menjual produk Apple dan Beats di Amazon.it dan turut menyatakan mereka telah melanggar peraturan Kesatuan Eropah.

Amazon telah disaman 68.7 juta Euro sementara Apple disaman 134.5 juta Euro dan diarahkan untuk menamatkan sekatan untuk memberi peruncit Apple dan Beats tulen akses kepada Amazon.it tanpa diskriminasi.

Apple telah telah menafikan segala tuduhan dan merayu terhadap saman tersebut dengan menyatakan mereka bekerja rapat dengan para penjual semula mereka selain mempunyai pasukan pakar yang berdedikasi di seluruh dunia yang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang, kastam dan pedagang untuk memastikan hanya produk Apple tulen dijual.

Pihak Amzon pulak gagal untuk dihubungi buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat