Apple Didenda Selepas Didakwa Sengaja Sabotaj Prestasi iPhone

2,020

Apple Inc dilaporkan bersetuju membayar AS$113 juta selepas didapati sengaja mengurangkan prestasi sebilangan peranti lama iPhone sewaktu kemaskini perisian iOS 10.2.1 pada empat tahun lalu.

Sebanyak 33 negeri di Amerika Syarikat (AS) mendakwa Apple telah bertindak sedemikian bagi ‘menggalakkan’ pengguna membeli peranti iPhone baharu.

Jutaan pengguna dilaporkan terjejas akibat skandal yang dikenali sebagai ‘battterygate’ pada 2016, terutamanya mereka yang menggunakan peranti iPhone 6, 7 dan SE.

Kesemua 33 negeri itu menyatakan Apple telah menipu pengguna dan seharusnya menawarkan program pertukaran bateri atau mendedahkan isu tersebut kepada pengguna.

Apple bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen namun sebelum ini menegaskan syarikat itu berbuat sedemikian bagi memanjangkan hayat bateri. Apple juga menafikan tindakan terbabit adalah untuk mengaut keuntungan.

Apple turut tidak mengakui melakukan sebarang kesalahan atau melanggar undang-undang. Namun Apple bersetuju untuk membekalkan maklumat yang benar mengenai pengurusan tenaga iPhone di seluruh laman sesawang, nota kemaskini perisian dan tetapan iPhone selama tiga tahun.

Pada Mac lalu, Apple turut diarahkan membayar AS$500 juta kepada sejumlah pengguna berhubung isu yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat